Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk
seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya
Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT
kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda
bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai
khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan
kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan
erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi
Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia
dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau
juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yangmenyerang kota Mekah)